Tahukah anda......

Wednesday, June 3, 2009

6th Anniversary

Aku : Maya, hari ni anniversary Mama dan Daddy yang ke-6 tahun tau..
Maya : Oo...Mama 6 tahun... Maya 5 tahun, kan?
Aku : (Sah, budak ni mmg tak paham apa itu anniversary..)

3-6-9 (03/06/09), cantik gabungan nombor tu..sapa2 yg kawin hari ni mmg senang nak ingatlah dia punya tarikh kahwin..mcm tu jgk kami dulu..kami sepakat pilih 3-6-3 (03/06/03) sebagai tarikh pernikahan kami sbb no tu cantik..hari ni genaplah ulangtahun perkahwinan kami yg ke-6. Dlm tempoh itu, pelbagai dugaan, suka dan duka hidup berumahtangga telah kami lalui dan Alhamdulillah, akhirnya sampai juga usia perkahwinan kami hingga ke-6 tahun hari ini..

Hari ni, aku rileks habis..pagi, suami ajak breakfast kat warung mkn roti canai, nasi lemak. Tengahari membawa ke petang kami semua bermandi-manda di A'Famosa Resort..mlm suami belanja mkn kat medan selera selandar dan kemudian kami potong kek anniversary n makan durian (durian ni tak masuk pun dlm agenda anniversary kami tapi 'terpaksa' jgk dihabiskan sbb dah 3 hari dibawa dari kampung..) Yang paling seronok dan gembira ialah anak2, Maya dan Mayra..balik aje dari mkn malam semua dah terlepek dlm bilik tido..mana taknya, 1 hari tak tido bebudak tu.. Buat suami, tq.. i love you more than words can say..

No comments: