Tahukah anda......

Tuesday, January 6, 2009

Hari pertama...

Hari ini hari pertama anak sulung kami Maya ke sekolah TADIKA KEMAS Alor Gajah yang terletak betul-betul di hadapan sekolah kami. Setelah 'bermati-matian' enggan ke sekolah smart reader di Jasin, yang pernah diikutinya selama 2 bulan sahaja, akhirnya kami mengalah untuk menghantarnya ke Tadika Kemas. Nampaknya dia cukup gembira dan selesa di sekolah barunya. Sekolah mana pun yang ingin dia pergi tidak begitu penting bagi kami. Yang penting ialah keinginannya untuk bersekolah. Alhamdulillah...