Tahukah anda......

Thursday, December 11, 2008

Iwan lagi




Masih ingat lagi dengan Iwan??? Bukan Iwan Falls Indonesia atau Iwan Dangdut Malaysia.. tapi ni Iwan akak Edah. Dulu kecik lagi, sekarang dah besar yer... yelah orang dah umo 7 bulan..

Bersiar-siar di Taman Permainan






Bawa anak-anak bersiar-siar di Taman Permainan Tmn Desa Kesang di waktu petang. Seronok tengok mereka seronok...

Sunday, November 30, 2008

Mandi-manda di Taman Rekreasi Air Panas Jasin






Suka tengok Mayra main air..kemain seronok lagi dia..heee....

Sambutan Hari Lahir Maya ke-4 pada 25 NOVEMBER 2008








Happy birthday Maya...dah 4 tahun anak mama ye...

Sunday, November 2, 2008

Kredit untuk akak Edah sekeluarga..


Alhamdulillah...akhirnya muncul juga cucu 'hero' dalam keluarga Pak Berahim.. Mohd. Riduan or Iwan or whatever your name, cepat-cepatlah membesar, nanti boleh main dengan adik Mayra. Tengoklah gambarnya tu..comel...hmmm..semua baby memamg comel, kan?

Saturday, October 18, 2008

Dugaan hidup..

Dugaan hidup yang mendatang...mampukah kita bertahan....andai ditakdirkan berkecai istana impian...adakah itu takdir Tuhan...atau sekadar permainan hidup...ada yang menang, ada yang kalah...usah menang sorak, kampung tergadai...seperti menarik rambut di dalam tepung??? rambut jangan putus, tepung jangan berselerak??? ataupun janganlah sehingga menjadi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...agaknya biarlah jadi si luncai, terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan..biarkan...

Tuesday, October 7, 2008

Puteri-puteriku Sayang...


Puteri-puteriku sayang
Buah hati mama dan daddy
Kaulah penawar kala duka
Kaulah penghibur kala lara
Kaulah pengubat sepi
Kaulah peneman hati
Dikaulah pengikat kasih sayang mama dan daddy

Andai seluruh dunia dipersembahkan
Takkan sama kedua puteriku sayang
Hadirmu tiada galang ganti
Mengisi jiwa raga mama dan daddy
Tangismu umpama melodi
Tawamu pemecah sunyi

Majulah wahai anakku
Tabahkan hati merintang dugaan hidup
Mama dan daddy menjadi pemerhati yang setia
Semoga kelak menjadi insan yang berguna…

Kenangan Hari Raya 2008



Tahun ini kami beraya ber-4 di rumah 'baru'. Sumayyrah yang baru pertama kali menyambut raya tahun ini membawa lebih kegembiraan buat kami sekeluarga. Sumayyah pula yang akan memasuki usia 4 tahun nampaknya lebih memahami erti raya dalam konteks kanak-kanaknya.

Aku dan suami??? Tahun ke-5 menyambut raya sebagai suami dan isteri memberikan lebih pengertian yang sungguh mengesankan dalam melayari alam rumahtangga bersama serta mengeratkan lagi ikatan kasih kami berdua. Semoga keluarga bahagia kami sentiasa dirahmati Allah sentiasa...Aminn...

Friday, September 19, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin


Rasanya belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat di luar sana.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan dan handai taulan yang mengenali diri kami. Tangan dihulur, kemaafan dipohon.. Semoga Ramadan kali ini memberikan lebih kelazatan iman dalam diri kita semua..

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1429...

Wednesday, September 3, 2008

Lawatan ke Zoo Melaka



Dah lama kami rancangkan nak ke Zoo Melaka membawa anak-anak sejak bulan lepas lagi. Tapi dalam tempoh itu ada saja aral yang menghalang untuk membawa mereka ke zoo. Rasa bersalah pada Maya sebab dah berjanji padanya nak bawa pergi tengok 'elephant, giraffe, crocodille, etc..'.

Akhirnya pada 30 Ogos 2008 yang lalu bersamaan hari Sabtu kami berjaya juga tunaikan janji kami. Lagipun hujung minggu tu cuti panjang selama 4 hari sempena nak puasa ni. Dapatlah kami 4 beranak jalan-jalan kat zoo tengok haiwan-haiwan tu. Pada pertengahan lawatan, si Mayra dah mula buat hal..agaknya dah terlalu penat dan mengantuk..kesian....terpaksalah kami gilir-gilir dukung dia.

Lawatan ke PetroSains, KLCC



Pada 30 Julai 2008 (Rabu), kami telah mengadakan lawatan ke PetroSains, KLCC dan Plaza Low Yat. Kami membawa sekali si kakak, Maya dan kelihatannya dia cukup seronok dapat melihat serta mencuba pelbagai peralatan, ciptaan serta inovasi sains yang terdapat di Petrosains.

Setiba di Plaza Low Yat, Maya dah terlalu letih dan mengantuk. Terpaksalah daddynya dukung dia sepanjang masa kami berada di Low Yat.. mujurlah si kecil yang baru berusia 7 bulan tu tak ikut..kalau tidak...........he..he..he..

Saturday, August 9, 2008

Selamat Datang Nur Eldya Sumayyrah...


Tanggal 10 Disember 2007, hari Isnin jam 6.06 petang, lahirlah puteri kedua kami dan telah diberikan nama NUR ELDYA SUMAYYRAH..

Selamat datang Sumayyrah...semoga menjadi anak yang solehah serta membanggakan kedua ibubapamu...Amin...