Tahukah anda......

Saturday, November 14, 2009

OUM Convocation's Day 2009















Event : Open University Malaysia (7th) Convocation's Day
Place : Putra World Trade Center (PWTC)
Date : 14 November 2009 (Saturday)

Pihak OUM telah menyediakan (bayo sebenarnya) Hotel Dynasty sebagai tempat penginapan bagi graduan2 OUM. Kami (7 orang) tiba di KL pada petang Jumaat 13 November 2009. Mlm tu suami membawa kami menaiki KL Monorel dari Stesen Titiwangsa - KL Sentral lps tu pusing balik...makan kat chow kit..tak dapat nak jalan sangat sbb masing2 dah kepenatan..walaupun penat, rasa seronok dan teruja masih lagi terasa..

Anyway, Congratulations Dear..Master of Information Technology (MIT)

Thursday, October 8, 2009

SURATAN atau KEBETULAN : SEMUA DALAM GENGGAMAN-NYA


GEMPA BUMI YANG MELANDA INDONESIA DAN KAITANNYA DENGAN AYAT AL-QURAN

MENAKJUBKAN!!! Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.


17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Maha Suci Allah, ALLAHU AKBAR!!!!!

Wednesday, July 22, 2009

Karangan Melampau


>>Karangan ini dipetik dari Majalah Lawak Antarabangsa yang diterbitkan pada tahun 1995/96. Ketika itu Ketua Pengarangnya adalah saudara Ujang (yg selepas itu menerbitkan pula majalah Lawak Ujang). It's already 13 years!! Namun berkali2 aku baca berkali2 tu jugaklah aku sakit perut tergelak..sekadar hiburan...<<

Karangan Melampau

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Monday, July 13, 2009

Windows 7


Microsoft secara rasminya telah melancarkan Windows 7 pada bulan 5 yang lalu. Terdapat beberapa perisian aplikasi percuma yang boleh diinstal untuk memperkasakan lagi Windows 7 anda. Di sini ada beberapa screenshot dan perisian aplikasi yang boleh anda muaturun secara percuma : http://jomledownload.blogspot.com/2009/07/12-hot-and-free-apps-to-power-up.html

Friday, July 10, 2009

Motivasi Kerja

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
Jadi renungi lah :-
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik…adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti….tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..pilihan ada di tangan kita sendiri, nak jalan yg sukar ke, nak jalan kebaikan..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…kalau rasa lebih ramai org yg tak suka kita daripada yg suka, mesti ada something wrong pada diri kita..Apa??? Diorang saja nak dengki??? sekiranya itu aggapan anda, ternyata anda org yang tidak dapat menerima hakikat akan kelemahan diri sendiri..tepuk dada tanya iman...

Tuesday, July 7, 2009

Noise Pollution

Read an article about Noise Pollution here :
http://www.socyberty.com/Society/Noise-Pollution.854043

Saturday, July 4, 2009

Cara Mudah untuk Lajukan PC

Ini ada beberapa cara paling mudah untuk melajukan OS (Windows) korang. Kalau korang takde PC or laptop yang lebih dari 1GB RAM pun takpe.. Tak guna sumbat RAM tinggi-tinggi kalau tak pandai nak jaga PC ye tak?

1. Buang segala macam program yang tidak digunakan
korang mesti perasan yang Windows ni bila kita baru format (like korang beli pc baru), dia punya performance memang mantap kan? Tapi lama-kelamaan, bila korang dah masuk software itu ini, game dan macam-macam lagi lah, korang sendiri dapat rasakan yang performance mantap tu dah berubah jadi slow. Jadi ini tak bermakna korang perlukan RAM yang besar je untuk hidup.
So pastikan korang buang mana-mana application atau games yang nyatanya tidak lagi korang guna. Atau mungkin 2 tahun sekali baru korang nak bukak. Biarpun application tu korang tak gunakan, ianya still menggunakan sebahagian besar ruang hard disk dan akan memberi effect pada performance PC korang. Percayalah.
Click Start >> Control Panel >> Add or Remove Programs.

2. Pastikan hard disk bersih dan tersusun
Bila hard disk korang tidak tersusun dan penuh dengan segala macam data yang tak berguna, ianya akan memberi kesan kelembapan pada PC bila mana hard disk korang gagal memberikan full performance dari tindak balas OS. So tanpa perlu menggunakan apa-apa software, korang hanya perlu lakukan Disk Cleanup dan juga Disk Defragmenter.
Click Start >> All Programs >> Accessories >> System Tools
* Disk Defragmenter mengambil masa yang agak lama mengikut saiz partition yang korang nak defrag. So kami nasihatkan, kalau nak buat pun, buat masa nak tidur. Bangun nanti siap la tu.

3. Pastikan registry “Error-free”
Ini yang paling penting bagi sesebuah PC. Registry adalah “critical componant” bagi sesebuah komputer. Bila korang install apa-apa application mahukan uninstall, registry korang akan berterabur dan tak tersusun. Kadang-kadang tu, even korang dah uninstall pun, tak bermakna registry application tu akan turut hilang. Kesan disebabkan registry errors dapat dilihat bila PC korang hang, system crash atau keluar blue screen daa. Seram kan? Hahaha..
So korang perlukan satu software yang mampu perbaiki error di bahagian registry. Korang boleh gunakan apa-apa registry cleaner tools yang ada dalam internet ni.
*registry amat sensitif.. play at your own risk..

4. Pastikan desktop kurang icon
Pastikan desktop korang tak penuh dengan macam-macam icon, file, shortcut dan segala macam data. Selain menunjukkan yang korang ni jenis serabut dan tiada arah (maaf ye), ianya juga memberi kesan kelembapan bila korang turn on PC.
So, sila remove mana-mana icon dan shortcut yang tak berguna kat desktop korang tu. Apa lagi file-file yang besar macam MP3, executable file dan sebagainya. Letak kat mana-mana pun asalkan bukan di desktop.
Cara mudah, sila right click di desktop, klik view dan un’tick Show Desktop Icon. Habis licin semua tersorok. Hehe. Lakukan before korang shutdown dan bila korang on balik pc tu nanti, windows tak perlu bersusah payah nak load icon tu balik. Ini cara bagi mereka yang pemalas nak bersihkan desktop.

Info Tambahan
kami tak tahu samaada korang tahu atau tak, function refresh di desktop tu kegunaan dia hanya untuk reload icon-icon di desktop semata-mata. Ianya langsung tak memberi kesan performance pada PC. Jangan cakap bila korang refresh, PC korang jadi laju pulak ye? So lepas ni tak payah nak main-main refresh kat desktop tu melainkan ianya dah menjadi habit korang. Kami hanya memberitahu 4 perkara basic untuk melajukan PC. Nyatanya terdapat pelbagai cara dan sebab yang lebih detail berkaitan dengan performance pada PC. Untuk newbie, boleh cuba cara-cara mudah ni dulu before mengetahui dengan lebih detail.

Monday, June 22, 2009

My Tablet PC



When i went to Mydin yesterday, accidently I bought an unexpected goods. A used (for me it's new) Tablet PC (that's only I can afford!). I can't afford to buy the brand new (Tablet PC) one, but I have an intention to get my very own laptop, and now, I already have it!!

With all those functions, which is different from other ordinary laptop, i am satisfied. With the 1.2GHz Core Solo processor, 1GB RAM, 80GB Hardisk, bluetooth and Wifi functions, can do lah for taip-taip aje.. it's more than enough.. And the most important thing that make this laptop is special (which i like most), it is touch screen and the screen can pusing2 to 360 degrees.

Sunday, June 21, 2009

Buah hatiku..





Thursday, June 18, 2009

AMALAN MINUM AIR PANAS

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas. Artikel ini berguna untuk semua bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan,tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG !!. Secara logik, mungkin ada kebenarannya. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan bukannya air berAIS.

Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan. Kita tidak akan kehilangan apa-apa. Malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Adakah anda berdua pasangan yang serasi?

Adakah anda berdua pasangan serasi

Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia,carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda. Semakin jauh, semakin baik,”begitulah pendapat yg diberikan oleh Kevin Leman.
Pasangan yg urutan lahirnya bertolak belakangg, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung Dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan ksempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Bhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang Dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”



SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima ken yat aan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan.fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan.Sbg anak yg memiliki kakak/abang Dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang Dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,”semuanya ok”’tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.Berusahalah utk berkongsi perasaan antara satu sama lain. Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga.
Jika Ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama



SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depn.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi IA harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jgn terlalu drastic,tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.Spt surat ,kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan Dan sbgnya.
Luaskan pergau lan .Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative.
Sentiasa menghormati pasangan.Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pu lan g lewat atau ingin pu lan g cepat.



TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik Dan lucu.Dengar Dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan Dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal.Jgn menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga.Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn suka bertikam lid ah,sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan sgl masalah.
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini.
Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
Hadapi sgl apa yg mebdatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.



Namun catatan ini tdk lbh drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat.Jadi, bgmn pun posisi anda,hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik.Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perja lan an rumah tangga anda.Dgn kata lain,apa yg dicatatkan hanyalah sbuah petunjuk,bukannya anak panah.

Wednesday, June 17, 2009

Nota ICT Ting 4 dan Ting 5

Nota ICT Ting 4
1. ICT and Society
2. Mobile Computing, Mobile Computing2

Nota ICT Ting 5
1. Bab 6 : Information System

Friday, June 5, 2009

Nur Syifa Aqilah


Tahun ni Embah dan Atok kena tambah lagi satu senarai yg nak dibagi duit raya. Puteri kpd Noraini dan Mohd Khairi ini telah selamat dilahirkan pada 2 Jun 2009. Nur Syifa Aqilah nama diberi, orangnya halus sekali, 2.2kg aje beratnya, tp masyaAllah..serawing suaranya.

Wednesday, June 3, 2009

6th Anniversary

Aku : Maya, hari ni anniversary Mama dan Daddy yang ke-6 tahun tau..
Maya : Oo...Mama 6 tahun... Maya 5 tahun, kan?
Aku : (Sah, budak ni mmg tak paham apa itu anniversary..)

3-6-9 (03/06/09), cantik gabungan nombor tu..sapa2 yg kawin hari ni mmg senang nak ingatlah dia punya tarikh kahwin..mcm tu jgk kami dulu..kami sepakat pilih 3-6-3 (03/06/03) sebagai tarikh pernikahan kami sbb no tu cantik..hari ni genaplah ulangtahun perkahwinan kami yg ke-6. Dlm tempoh itu, pelbagai dugaan, suka dan duka hidup berumahtangga telah kami lalui dan Alhamdulillah, akhirnya sampai juga usia perkahwinan kami hingga ke-6 tahun hari ini..

Hari ni, aku rileks habis..pagi, suami ajak breakfast kat warung mkn roti canai, nasi lemak. Tengahari membawa ke petang kami semua bermandi-manda di A'Famosa Resort..mlm suami belanja mkn kat medan selera selandar dan kemudian kami potong kek anniversary n makan durian (durian ni tak masuk pun dlm agenda anniversary kami tapi 'terpaksa' jgk dihabiskan sbb dah 3 hari dibawa dari kampung..) Yang paling seronok dan gembira ialah anak2, Maya dan Mayra..balik aje dari mkn malam semua dah terlepek dlm bilik tido..mana taknya, 1 hari tak tido bebudak tu.. Buat suami, tq.. i love you more than words can say..

Thursday, April 23, 2009

Tahukah anda....

1. Jika anda makan satay….jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan cancer). Timun pula adalah anti-karsinogen

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!.
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni…..bagi penggemar makanan ni “Bah Kut Teh” (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi itu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari “Health Corporation of Singapore”.

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran bodyshop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal
Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara
tunggal.

Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai “makan untuk mendapat barah” Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


Source : Internet

Tuesday, January 6, 2009

Hari pertama...

Hari ini hari pertama anak sulung kami Maya ke sekolah TADIKA KEMAS Alor Gajah yang terletak betul-betul di hadapan sekolah kami. Setelah 'bermati-matian' enggan ke sekolah smart reader di Jasin, yang pernah diikutinya selama 2 bulan sahaja, akhirnya kami mengalah untuk menghantarnya ke Tadika Kemas. Nampaknya dia cukup gembira dan selesa di sekolah barunya. Sekolah mana pun yang ingin dia pergi tidak begitu penting bagi kami. Yang penting ialah keinginannya untuk bersekolah. Alhamdulillah...