Tahukah anda......

Wednesday, July 22, 2009

Karangan Melampau


>>Karangan ini dipetik dari Majalah Lawak Antarabangsa yang diterbitkan pada tahun 1995/96. Ketika itu Ketua Pengarangnya adalah saudara Ujang (yg selepas itu menerbitkan pula majalah Lawak Ujang). It's already 13 years!! Namun berkali2 aku baca berkali2 tu jugaklah aku sakit perut tergelak..sekadar hiburan...<<

Karangan Melampau

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Monday, July 13, 2009

Windows 7


Microsoft secara rasminya telah melancarkan Windows 7 pada bulan 5 yang lalu. Terdapat beberapa perisian aplikasi percuma yang boleh diinstal untuk memperkasakan lagi Windows 7 anda. Di sini ada beberapa screenshot dan perisian aplikasi yang boleh anda muaturun secara percuma : http://jomledownload.blogspot.com/2009/07/12-hot-and-free-apps-to-power-up.html

Friday, July 10, 2009

Motivasi Kerja

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
Jadi renungi lah :-
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik…adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti….tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..pilihan ada di tangan kita sendiri, nak jalan yg sukar ke, nak jalan kebaikan..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…kalau rasa lebih ramai org yg tak suka kita daripada yg suka, mesti ada something wrong pada diri kita..Apa??? Diorang saja nak dengki??? sekiranya itu aggapan anda, ternyata anda org yang tidak dapat menerima hakikat akan kelemahan diri sendiri..tepuk dada tanya iman...

Tuesday, July 7, 2009

Noise Pollution

Read an article about Noise Pollution here :
http://www.socyberty.com/Society/Noise-Pollution.854043

Saturday, July 4, 2009

Cara Mudah untuk Lajukan PC

Ini ada beberapa cara paling mudah untuk melajukan OS (Windows) korang. Kalau korang takde PC or laptop yang lebih dari 1GB RAM pun takpe.. Tak guna sumbat RAM tinggi-tinggi kalau tak pandai nak jaga PC ye tak?

1. Buang segala macam program yang tidak digunakan
korang mesti perasan yang Windows ni bila kita baru format (like korang beli pc baru), dia punya performance memang mantap kan? Tapi lama-kelamaan, bila korang dah masuk software itu ini, game dan macam-macam lagi lah, korang sendiri dapat rasakan yang performance mantap tu dah berubah jadi slow. Jadi ini tak bermakna korang perlukan RAM yang besar je untuk hidup.
So pastikan korang buang mana-mana application atau games yang nyatanya tidak lagi korang guna. Atau mungkin 2 tahun sekali baru korang nak bukak. Biarpun application tu korang tak gunakan, ianya still menggunakan sebahagian besar ruang hard disk dan akan memberi effect pada performance PC korang. Percayalah.
Click Start >> Control Panel >> Add or Remove Programs.

2. Pastikan hard disk bersih dan tersusun
Bila hard disk korang tidak tersusun dan penuh dengan segala macam data yang tak berguna, ianya akan memberi kesan kelembapan pada PC bila mana hard disk korang gagal memberikan full performance dari tindak balas OS. So tanpa perlu menggunakan apa-apa software, korang hanya perlu lakukan Disk Cleanup dan juga Disk Defragmenter.
Click Start >> All Programs >> Accessories >> System Tools
* Disk Defragmenter mengambil masa yang agak lama mengikut saiz partition yang korang nak defrag. So kami nasihatkan, kalau nak buat pun, buat masa nak tidur. Bangun nanti siap la tu.

3. Pastikan registry “Error-free”
Ini yang paling penting bagi sesebuah PC. Registry adalah “critical componant” bagi sesebuah komputer. Bila korang install apa-apa application mahukan uninstall, registry korang akan berterabur dan tak tersusun. Kadang-kadang tu, even korang dah uninstall pun, tak bermakna registry application tu akan turut hilang. Kesan disebabkan registry errors dapat dilihat bila PC korang hang, system crash atau keluar blue screen daa. Seram kan? Hahaha..
So korang perlukan satu software yang mampu perbaiki error di bahagian registry. Korang boleh gunakan apa-apa registry cleaner tools yang ada dalam internet ni.
*registry amat sensitif.. play at your own risk..

4. Pastikan desktop kurang icon
Pastikan desktop korang tak penuh dengan macam-macam icon, file, shortcut dan segala macam data. Selain menunjukkan yang korang ni jenis serabut dan tiada arah (maaf ye), ianya juga memberi kesan kelembapan bila korang turn on PC.
So, sila remove mana-mana icon dan shortcut yang tak berguna kat desktop korang tu. Apa lagi file-file yang besar macam MP3, executable file dan sebagainya. Letak kat mana-mana pun asalkan bukan di desktop.
Cara mudah, sila right click di desktop, klik view dan un’tick Show Desktop Icon. Habis licin semua tersorok. Hehe. Lakukan before korang shutdown dan bila korang on balik pc tu nanti, windows tak perlu bersusah payah nak load icon tu balik. Ini cara bagi mereka yang pemalas nak bersihkan desktop.

Info Tambahan
kami tak tahu samaada korang tahu atau tak, function refresh di desktop tu kegunaan dia hanya untuk reload icon-icon di desktop semata-mata. Ianya langsung tak memberi kesan performance pada PC. Jangan cakap bila korang refresh, PC korang jadi laju pulak ye? So lepas ni tak payah nak main-main refresh kat desktop tu melainkan ianya dah menjadi habit korang. Kami hanya memberitahu 4 perkara basic untuk melajukan PC. Nyatanya terdapat pelbagai cara dan sebab yang lebih detail berkaitan dengan performance pada PC. Untuk newbie, boleh cuba cara-cara mudah ni dulu before mengetahui dengan lebih detail.