Tahukah anda......

Friday, September 19, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin


Rasanya belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat di luar sana.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan dan handai taulan yang mengenali diri kami. Tangan dihulur, kemaafan dipohon.. Semoga Ramadan kali ini memberikan lebih kelazatan iman dalam diri kita semua..

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1429...

Wednesday, September 3, 2008

Lawatan ke Zoo Melaka



Dah lama kami rancangkan nak ke Zoo Melaka membawa anak-anak sejak bulan lepas lagi. Tapi dalam tempoh itu ada saja aral yang menghalang untuk membawa mereka ke zoo. Rasa bersalah pada Maya sebab dah berjanji padanya nak bawa pergi tengok 'elephant, giraffe, crocodille, etc..'.

Akhirnya pada 30 Ogos 2008 yang lalu bersamaan hari Sabtu kami berjaya juga tunaikan janji kami. Lagipun hujung minggu tu cuti panjang selama 4 hari sempena nak puasa ni. Dapatlah kami 4 beranak jalan-jalan kat zoo tengok haiwan-haiwan tu. Pada pertengahan lawatan, si Mayra dah mula buat hal..agaknya dah terlalu penat dan mengantuk..kesian....terpaksalah kami gilir-gilir dukung dia.

Lawatan ke PetroSains, KLCC



Pada 30 Julai 2008 (Rabu), kami telah mengadakan lawatan ke PetroSains, KLCC dan Plaza Low Yat. Kami membawa sekali si kakak, Maya dan kelihatannya dia cukup seronok dapat melihat serta mencuba pelbagai peralatan, ciptaan serta inovasi sains yang terdapat di Petrosains.

Setiba di Plaza Low Yat, Maya dah terlalu letih dan mengantuk. Terpaksalah daddynya dukung dia sepanjang masa kami berada di Low Yat.. mujurlah si kecil yang baru berusia 7 bulan tu tak ikut..kalau tidak...........he..he..he..

Saturday, August 9, 2008

Selamat Datang Nur Eldya Sumayyrah...


Tanggal 10 Disember 2007, hari Isnin jam 6.06 petang, lahirlah puteri kedua kami dan telah diberikan nama NUR ELDYA SUMAYYRAH..

Selamat datang Sumayyrah...semoga menjadi anak yang solehah serta membanggakan kedua ibubapamu...Amin...

Tuesday, October 23, 2007

Logo Smk Selandar

Wednesday, October 3, 2007

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA.

KEPADA:



SEMUA WARGA SMK SELANDAR

SEMUA RAKAN-RAKAN YANG MENGENALI KAMI

SEMUA RAKYAT MALAYSIA



MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI KAMI SEKELUARGA.



JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH KAMI...

Tuesday, July 24, 2007

PENGGUNAAN SMS SEKOLAH



MASUK LAMAN WEB WWW.SMSSEKOLAH.COM




1.LOG IN : GURU

2.LOG IN : NO IC ANDA

3.PASSWORD : NO IC ANDA

4. KLIK PADA MODUL

5.KLIK PADA MEMO

6. KLIK PADA GURU

7. KLIK PADA KEMASKINI

8. ANDA BOLEH TAIPKAN MSG ANDA

DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN

DAN HANTAR KEPADA RAKAN

GURU YANG ANDA KEHENDAKI

ANDA DIGALAKKAN UNTUK MENUKAR PASSWORD ANDA ....



SELAMAT MENCUBA



TERIMA KASIH